Assalamualaikum? Waalaikumussalam.. Haha macam tu pulak :p
Okay, hari ni belajar seperti biasa. Datang sekolah memang mengantuk gila.. Oh yeah, today Jamaliah birthday. Actually, nak wish. Tapi tau lah kan apa masalah ktorang. Aku dengar lah yang bapak dia bagi 'camera canon' for birthday present. Alah, orang kaya. Petik jari dah dapat ~ Tak jealous pun aku -.- So aku diam je lah time tu.
Masuk dewan, Hami cakap dengan aku pasal Jamaliah. Hami cakap yang aku tak wish Jamaliah ke. Aku cakap MALAS. Then, Hami cakap lah, 'pergi lah cakap kat Jamaliah kenapa tak tegur apa semua'. Aku cam, ah nanti ah -.- Then, Hami pun cam gelak then cakap 'susah lah Emi ni. Hahah sama je dengan Ila. Susah nak cakap'. Aku pun cam gelak je. Okay.
Time rehat, okay macam biasa je. Then masuk kelas. Time seni tu, cikgu ada letak arca-2 yang ktorang buat masa hari jumaat. Dah kering gila and keras. Nampak cam buruk kot arca ktorang -.- Haa, aku nampak 'DIA' punya. 'DIA' buat dengan Azim. Diorang punya buat ular apa tah. Macam entah lah. Alah lelaki, biasa lah tu. Simple je. Hami dengan Izazi aku tak tau diorang buat apa. Eh, ada setengah arca tu, diorang dah colour. Mana acik ouh. Nak jugak... Hmm. Pastu cikgu Shazana marah suruh masuk dalam. Okay cikgu ~
Time balik sekolah pulak, Ila datang kat aku. Pastu cam rasa haus lak pulak. Ila teman aku pergi beli air. Then habis beli air tu, aku nampak yang 'DIA' tengah usha. Ushaaaaa je -.- Kau nak apa? Pastu mak 'DIA' pun dah sampai. Masa Jamaliah nak balik tu, tetiba Jamaliah say 'goodbye' kat aku. And I was like, okay.. 'Bye'. Hahah okaylah if Jamaliah dah cakap dengan aku. Aku pun tak suka gaduh-2 ni. Hmm enough for today. Kbai :)
Assalamualaikum.