Jealous tak?

Dear diary,

Hoho. Aku pantang betul orang jeling-2 aku ni. Cucuk kang mata kau. Haih. Even parents aku weh. Tapi tak ada ah kurang ajar. Just tegur. Haha. Macam ni. Masa kat dewan tadi, before start baca Yassin, aku nampak dia kat depan tengah berdiri. Bukannya nak duduk. Lepas tu nampak dia keluar. Nampak sangat nak tunggu orang duduk depan dulu baru dia dapat duduk belakang. Dia pun keluar dewan jap duduk kat luar. Then, aku dah agak mesti dia akan pandang tempat aku punya. Ha betul lah tu. Dah kau pandang, lepas tu jeling aku. Amenda doh? Haish. Sabo je ler. Masa rehat, tak nampak dia. Habis rehat, aku just nampak dia masa aku pusing belakang. Actually dia kat belakang aku. Aku je baru perasan. Masa balik. Dia dah gerak dulu ikut gate C. Aku nampak dia. Aku nampak Aidil. Aidil lupa nak bagi balik pen hitam aku. Bila dah sampai tangga tuh, aku nampak dia macam tercarik-carik aku. Ayraa dengan Jamaliah tuh jalan dulu. Dia ingat aku ada kat situ sekali lah. Tapi tak ada pun. Minah tu sebok je nak jalan dengan Ayraa. Memang aku ditinggalkan kat belakang lah. Tapi nasib baik ada Shakeerah and Ain. Jalan je lah dengan dorang. Nak sampai bawah tu, aku dah nampak mata dia nak pandang atas sambil mata dia tercarik-carik. Ha, terus aku tak pandang dia. Saja tak nak pandang. HAHA. Aku cakap-2 dengan  Shakeerah time tu. Dia pandang. Aku perasan dia. Saja buat-2 tak perasan. Lepas tu nampak Aidil sebok dengan kompang dia tu. Aku mintak pen hitam aku. Then aku nampak pen hitam aku kat poket Aidil. Aku nak ambik. Terlepas pulak. Lepas tu Aidil bagi. Lepas tu ketuk-2 kompang kat telinga aku -.- Dey, pekak telinga aku. Lepas tu aku chow. Haha confirm dia jealous ouh. Aku nampak dia pandaaaaaaaang je. Haha. Amacam? Cemburu tak? Haha. Jahat betul aku ni. Hehe.
Oh yeah. Esok sekolah der. Gua tak gerak esok. Malas. Dah lah ahad ni ada seminar dekat UM, KL. Kena bangun awal pagi pulak. Habis nak dekat malam. Lepas tu isnin dah sekolah. Pergh. Penat yang amat. If aku pergi sekolah esok, maknanya tak ada cuti / masa untuk rehat lah sebab this week sekolah je memanjang. Okay. Gila ah. So, malas nak pergi esok. Ha, ahad tak pergi tuition. Hehe.
Okay bye ☺